Tumpuan :
Nasional

Pesakit kanser di Terengganu meningkat  

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

MARANG: Jumlah pesakit kanser di Terengganu meningkat kepada 1,223 orang sepanjang tahun lalu berbanding 1,193 orang pada 2021.

Selain kanser payudara, kanser kolorektal dan kanser paru-paru adalah antara penyakit kanser yang paling banyak dilaporkan di negeri itu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, daripada jumlah itu, kanser payudara merupakan kes paling kerap dilaporkan iaitu 24 peratus atau 291 orang.

Menurut beliau, peningkatan kes itu didorong kurangnya kesedaran untuk mencegah atau mendapatkan rawatan awal.

Katanya, lebih 60 peratus pesakit yang datang sudah terlewat iaitu tahap tiga dan empat.

Sedangkan jika dapat mengesan lebih awal, kanser itu boleh dikawal.

“Walaupun kita tahu kanser sebahagiannya dari keturunan atau dari keluarga tapi perlu ada perubahan dalam gaya hidup sihat samada dari segi pemakanan dan aktiviti fizikal dan perlu membuat pemeriksaan saringan awal”.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri di Marang, Terengganu.
ENDS

Loading...
Terkini