comscore
Tumpuan :
Nasional

Perwakilan Wanita Parti Gabungan Kerajaan Perpaduan diberi bunga sempena Hari Ibu

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Parti Gabungan Kerajaan Perpaduan diberi bunga mawar sempena Hari Ibu.

Lebih 3,000 perwakilan menerima bunga berkenaan apabila menghadiri Konvensyen Nasional Wanita Perpaduan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini.

Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat, Noraini Nordin ia bagi menghargai peranan wanita dalam menjadi ejen kemajuan negara.

Konvensyen Wanita yang berlangsung sejak jam 10 pagi itu dihadiri 3,255 perwakilan daripada 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Antara pemimpin parti politik yang hadir, Ketua Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athirah Sabu, Pengerusi Wanita Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Ketua Wanita Gabungan Parti Sarawak, Datuk Sri Fatimah Abdullah, Pemangku Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua, Wakil Wanita Gabungan Rakyat Sabah, Datuk Flovia Ng.

Loading...
Terkini