Tumpuan :
Nasional

Peruntukkan JPM dikurangkan dalam Belanjawan 2025 – Dr Zaliha

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa. – Foto fail NSTP

LABUAN: Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri dijangka dikurangkan dalam Belanjawan 2025, selari usaha mengurangkan perbelanjaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa.

“Kita telah membentangkan cadangan belanjawan JPM kepada Kementerian Kewangan (MoF) dan pada Oktober nanti kami akan mendapat tahu peruntukan yang bakal diterima,’’ kata Dr Zaliha kepada pemberita pada penutupan Festival Kesenian Borneo di Financial Park Convention Hall baru-baru ini.

Beliau berkata JPM telah dimaklumkan mengenai pengurangan peruntukan yang bertujuan untuk mengurangkan kos tetapi memberi jaminan program pembangunan sosioekonomi tidak akan dikompromi.

“JPM telah menyerahkan senarai keutamaan kepada MoF untuk memastikan pelaksanaan program sosioekonomi pada 2025,’’ katanya.

Terdahulu, Dr Zaliha turut memuji kejayaan penganjuran Festival Kesenian Borneo, acara berteraskan penggalakkan pelancongan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai negeri.

“Festival ini berpotensi menjadi produk pelancongan bagi Labuan, namun pembaikan perlu ada bagi menarik lebih ramai pelancong ke pulau itu,” katanya.

Mengulas mengenai perniagaan, Dr Zaliha menegaskan mengenai dasar kerajaan yang fleksibel dan mesra perniagaan bagi menarik pelabur asing, terutama ke Labuan.

Dr Zaliha turut mendedahkan akan berkunjung ke China minggu depan untuk bertemu bakal pelabur yang berminat untuk menerokai peluang perniagaan di Labuan.

Selain itu, beliau mengulas mengenai isu utiliti yang menurutnya akan diselesaikan antara 2027 hingga 2028.

— BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini