Tumpuan :
Nasional

Peruntukan RM400,000 bina semula jeti dan jambatan Pulau Pababag ​​​​​​​

PETALING JAYA: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW menyalurkan peruntukan 400 ribu ringgit bagi pembinaan semula jambatan dan jeti Pulau Pababag di Semporna, Sabah yang roboh baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata KKDW telah menyerahkan surat arahan pelaksanaan kerja-kerja itu kepada pejabat daerah Semporna .

Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berharap pembinaan jambatan dan jeti itu dilaksanakan segera.

Ia bagi membantu kira-kira 151 orang murid sekolah dan 35 orang murid tadika Kemas ke sekolah serta penduduk kampung yang terjejas pergerakan harian mereka selepas jambatan dan jeti itu roboh.

Dalam kejadian Isnin lepas, 25 murid terjatuh ke laut setelah jambatan dan jeti di Pulau Pababag roboh dan dua daripada murid berkenaan mengalami kecederaan ringan terkena runtuhan simen dan kayu.

Susulan kejadian, Datuk Seri Ahmad Zahid mengarahkan KKDW berhubung dengan pejabat daerah Semporna bagi menyiasat dan mengambil tindakan segera.

Loading...
Terkini