comscore
Tumpuan :
Nasional

Peruntukan pembangkang: Rundingan individu masih terbuka – Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof

Oleh: Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih membuka pintu rundingan berhubung peruntukan pembangkang bagi Ahli Parlimennya yang masih lagi ingin berunding.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan untuk menolak Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan secara berkumpulan merupakan keputusan mereka sendiri.

“Kalau ada dalam kalangan individu Ahli Parlimen yang nak bincang di sebelah sana, saya terbuka, tetapi secara kelompok, seperti yang sudah dinyatakan, mereka menolaknya.

“Ini adalah keputusan pihak parti itu sendiri, saya tidak boleh buat apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, di Dewan Rakyat, hari ini.

Setakat ini, pihaknya hanya menerima surat bertulis daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung rundingan berkenaan.

Ujarnya, permohonan itu akan diteliti dan dibawa ke fasa perbincangan kepada whip kerajaan.

Semalam, kerajaan membuat keputusan untuk menutup pintu rundingan berkaitan MoU itu selepas pembangkang sebulat suara menolaknya secara berkumpulan.

Pembangkang dalam pada itu menyifatkan MoU berkenaan sebagai bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan beberapa perkara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini