Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan peruntukan khas kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi membangunkan sistem pendigitalan rekod pesakit.
Ketika ini, hospital yang berusia lebih 150 tahun itu bergantung kepada kaedah manual untuk merekodkan 16,000 data pesakit dalam tempoh sehari yang kini ditempatkan di Wisma Kayu.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, menerusi langkah pendigitalan itu, ia dapat membantu dan memudahkan pengurusan di HKL untuk menyimpan data rekod pesakit dengan lebih efisien..
“Jadi kita sudah dengar tadi betapa HKL ini kalau sebenarnya kita dapat pendigital itu sangat membantu.
“Kita akan memberikan peruntukan khas pendigitalan di HKL, insyallah,” katanya pada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Zaliha Mustafa juga menyatakan geran peruntukan sejumlah RM1 Juta akan diberikan kepada HKL bagi menambah dan membaikpulih inventori yang terdapat di hospital itu.
Terdahulu, beliau mendengar taklimat daripada Pengarah HKL, Datin Dr Rohana Johan berkaitan perkembangan hospital itu serta merasmikan Coffee Book COVID-19 HKL, di sini.