![](https://media.buletintv3.my/2023/07/W3W1PaC7-BULETIN-TV3-13.jpg)
SELAYANG: Pertuduhan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, di mahkamah hari ini adalah disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menurut Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, berkata tindakan pendakwaan itu dianggap seperti klimaks dalam ‘melumpuhkan’ kemaraan PAS dan Perikatan Nasional (PN) menjelang PRN ini.
Artikel berkaitan : Sanusi didakwa buat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor
“Kita serah kepada proses undang-undang, tidak ada masalah cuma kita nak bagi sokongan solidariti di atas pentas politik yang kita tengah hadapi PRN di enam negeri, ini yang jadi klimaks.
“Kita tengok sekarang di Kedah punca kepada ini disebabkan oleh PRN,” katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang, di sini hari ini.
Awang yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkata, pendakwaan kes terhadap Muhammad Sanusi ini juga diharap mampu menjadi pengajaran buat semua pihak khususnya pemimpin politik supaya lebih berhati-hati.
“Benda sudah terlajak dan ini mungkin pengajaran buat masa depan untuk semua bukan untuk Sanusi sahaja,” katanya.