Tumpuan :
Nasional

Pertimbang wujud kawasan khas merokok – KKM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenal kawasan khas merokok berhampiran premis makanan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata penekanan diberi kepada keperluan untuk ruang ditetapkan seperti dilakukan di Singapura dan Jepun.

“Kami sedar penguatkuasaan mengekalkan jarak tiga meter (kawasan merokok dengan premis makanan) memberi sedikit cabaran terutama di kawasan sesak.

“Jika kita mahu mematuhi garis panduan itu, jaraknya sudah hampir mencapai tiga meter atau 10 kaki.

“Kita akan mempertimbangkan keperluan khas, mungkin mewujudkan kawasan ditetapkan seperti di Singapura,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan di beberapa premis makanan di sekitar Jalan Alor di sini, hari ini.

Beliau berkata, kawasan khas berkenaan akan mengambil kira keperluan perokok dan bukan perokok di sesuatu premis makanan.

Katanya, inisiatif berkenaan bukan langkah ke belakang, sebaliknya tindakan proaktif untuk memastikan persekitaran harmoni untuk semua di kawasan terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini