comscore
Tumpuan :
Nasional

 [VIDEO] Pertandingan tiga penjuru di DUN Pelangai

 

Oleh: Fazli Ahmad

BENTONG: Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan seorang calon bebas.

Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam dicabar calon PN, Kasim Samat dan calon bebas Haslihelmy Dm Zulhasli.

Pengumuman calon layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK N36, Datuk Mohamed Shahid Ismail pada jam 10:16 pagi.

Amizar menyerah borang pencalonan pada jam 9:01 pagi.

 

Diikuti calon PN pada jam 9:02 dan dan calon bebas Haslihelmy Dm Zulhasli pada 9:08 pagi.

Hari Pengundian PRK DUN Pelangai ditetapkan pada 7 Oktober depan.

PRK DUN Pelangai diadakan setelah penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Johari Harun terkorban dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15, Allahyarham memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi dalam pertandingan empat penjuru.

DUN Pelangai mempunyai 16,456 pengundi termasuk 36 pengundi awal serta tiga pengundi tidak hadir luar negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini