comscore
Tumpuan :
Nasional

Pertandingan inovasi galak pemikiran kritis, penyelesaian masalah praktikal

DENGKIL: Menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada komunikasi setempat menjadi objektif utama Pertandingan inovasi Creations de UiTM: International Mega Innovation Carnival 2024 (CDU2024) yang berlangsung baru-baru ini.

Dianjurkan oleh Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, edisi keempat ini berjaya menarik 124 penyertaan peserta secara fizikal dan maya.

Selaras dengan tema tahun ini, “Navigating Innovation and Seizing Global Fortune,” program ini mendedahkan peserta kepada budaya inovasi untuk menangani cabaran dunia sebenar dan menyumbang kepada kemajuan kolektif masyarakat di peringkat global.

Sebanyak 67 pameran fizikal dan 57 pameran maya telah dinilai oleh juri professional yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing, untuk mengiktiraf pencapaian terbaik dalam inovasi yang dipamerkan.

Penyertaan tahun ini bukan sahaja mendapat sambutan dari pelajar institusi pengajian tinggi malah turut disertai pempamer dari sekolah kebangsaan dan industri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini