comscore
Tumpuan :
Nasional

Pertandingan dikir barat kecoh, meja juri diterbalik 

Pasukan yang tewas mendakwa berlaku ketidakadilan serta campur tangan pihak luar. – Foto: NSTP

TUMPAT: Pertandingan akhir dikir barat sempena Festival Kesenian Rakyat Kelate (FKRK) 2023 di Pantai Geting malam tadi dicemari kekecohan antara wakil pasukan dan juri sehingga menyebabkan meja juri diterbalikkan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam  sebaik pemenang diumumkan .

Wakil satu daripada empat pasukan yang bertanding kemudian mendakwa berlaku ketidakadilan serta campur tangan pihak luar.

Situasi tegang yang pada awalnya hanya membabitkan pertikaian dan perbalahan bertukar menjadi semakin panas apabila meja juri diterbalikkan.

Bagaimanapun tindakan pantas jawatankuasa keselamatan apabila berjaya meleraikan pergaduhan yang mungkin boleh tercetus pada bila-bila masa.

Foto: NSTP

Wakil pasukan yang terbabit dibawa ke suatu ruang untuk ditenangkan sebelum  pertemuan diadakan bersama penganjur serta pihak yang berkaitan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi berkata, tiada laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

“Kekecohan tercetus daripada salah faham sahaja dan ia diselesaikan dengan baik antara pihak yang berkaitan,” katanya.

Pertandingan akhir dikir barat itu antara acara kemuncak FKRK 2023 yang berlangsung tiga hari mulai 21 September hingga semalam.

Loading...
Terkini