comscore
Tumpuan :
Nasional

Persoalan berkaitan amalan GISBH di Selangor dibentang dalam mesyuarat khas 30 September depan

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.

PETALING JAYA: Segala dapatan dan bahan bukti berkaitan siasatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) daripada semua pihak akan diteliti dan dikaji sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 30 September ini.

Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir berkata, ia bagi memutuskan persoalan berkaitan amalan GISBH sama ada ia menyeleweng atau bercanggah dengan ajaran agama Islam yang sebenar.

“Menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj pada 21 September lalu, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sedang meneliti dan mengkaji semua bukti daripada pihak polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta keterangan-keterangan individu yang terlibat.

“Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) mengikut rapat perkembangan semasa berkaitan kumpulan GISBH beserta isu-isu yang berkaitan,” katanya.

JMNS juga sentiasa proaktif dalam mengekang penyebaran ajaran-ajaran yang menyeleweng melalui fatwa setelah kajian dan penelitian terhadap fakta dan bukti daripada pelbagai sumber.

Sebelum ini, JMNS juga telah mengeluarkan fatwa Aurad Muhamadiah Pegangan Darul Arqam yang telah diwartakan pada 4 Februari 1993.

Ia kemudian diikuti dengan pindaan fatwa Tentang Fahaman Dan Ajaran Yang Dipegang Oleh Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad pada 11 Ogos 1994.

JMNS seterusnya turut mengeluarkan fatwa bertajuk Usaha-usaha Menghidupkan Semula Al-Arqam melalui Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (SRC) dan rangkaian syarikat gabungan pada 21 Disember 2006.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini