comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tragedi kepala air: Persiapan pengebumian jenazah mangsa lemas dilakukan penduduk

Oleh Fazli Ahmad

KUANTAN: Persiapan pengebumian semua ahli keluarga terbabit dalam tragedi dihanyutkan kepala air di Jeram Mawar, Kemaman, termasuk menggali kubur sudah siap dilakukan penduduk di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir Tiga di sini hari ini.

Adik allahyarham Azizah Eiyi, Mohd Ismail berkata semua jenazah dijangka dikebumikan selepas proses bedah siasat selesai.

Katanya, kakak dan abang iparnya, Karim Abdullah, 40, ke Jeram Mawar, Sabtu lalu untuk memancing dan berkhemah.

Menurutnya, keluarga terbabit merancang bermalam di Jeram terbabit satu malam sahaja.

“Masa dia nak pergi, abang ipar dan kakak datang mempelawa saya turut serta ke jeram terbabit untuk memancing dan berkhemah bersama ahli keluarga.”

“Bagaimanapun saya cakap tak boleh pergi kerana pada malam Sabtu itu ada kerja.” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Felda Lepar Hilir Tiga, siang tadi.

Katanya, abang iparnya gemar membawa ahli keluarga berkelah pada setiap minggu.

Menurut Mohd Ismail, salah seorang mangsa lemas Muhammad Fikri Saliman, 24, ialah tunang anak sulung Karim, Putri Balqis Izzati, 18, dan pasangan terbabit dijadual mendirikan rumahtangga Disember ini.

Katanya Mohd Fikri yang bermotosikal dari Batu Pahat, tiba di Lepar Hilir pada pagi Sabtu lalu dan kemudian bermotosikal ke Jeram Mawar untuk menyertai perkhemahan bersama keluarga tunangnya.

Loading...
Terkini