Tumpuan :
Nasional

Persiapan akhir hukuman sebat ke atas pesalah khalwat berjalan lancar

KUALA TERENGGANU: Persiapan akhir pelaksanaan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang akan dilaksanakan selepas solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Kuala Terengganu esok berjalan lancar.

Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau telah dibawa melawat ke ruangan hukuman itu untuk meninjau persiapan dilakukan oleh petugas masjid.

Menurutnya, persiapan itu hukuman yang akan dilaksanakan di Dewan ‘Aasim di masjid berkenaan turut melibatkan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.

Katanya, beberapa garis panduan telah ditetapkan bagi memastikan seramai 70 individu dibenarkan menyaksikan hukuman itu, termasuk media mematuhi peraturan ditetapkan.

Sementara itu, tinjauan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah mendapati petugas masjid telah menutup Dewan A’asim dimana hukuman sebat akan dijalankan

Selain itu, meja pendaftaran masuk kepada individu yang menyaksikan hukuman itu telah disusun di pintu hadapan dewan selain pemasangan tali rentang untuk memastikan perjalanan hukuman itu berjalan lancar.

Sementara itu beberapa media dari dalam dan luar negara telah mula datang untuk membuat liputan hukuman sebat yang kali pertama dilakukan khalayak ramai di negara ini

Media sebelum ini melaporkan seorang duda menjadi lelaki pertama di Terengganu yang akan dikenakan hukuman enam sebatan di khalayak ramai oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, kerana melalukann kesalahan khalwat kali ketiga.

Tertuduh, Mohd. Affendi Awang, 42, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, turut menjadi pesalah khalwat pertama dikenakan empat sebatan secara tertutup di dalam penjara dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengikut enakmen berkenaan pada 19 Februari lalu.

Sebelum itu, dia pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku salah bagi pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman pada 11 Julai 2023.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini