Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Perselisihan faham di tempat letak kereta, polis buka kertas siasatan

Oleh: Rusyaidi Hafiz ShahidKUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kes perselisihan faham melibatkan seorang pegawai kanan polis dengan seorang wanita, di tempat letak kenderaan berdekatan sebuah pasaraya di Brickfields, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor menerusi satu kenyataan berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila pegawai kanan berkenaan mahu meletakkan kenderaan bersebelahan kenderaan wanita tersebut.

Jelasnya, kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 5.26 petang Jumaat lalu.

Sumber tular

“Pintu kenderaan pengadu di bahagian sebelah pemandu dan penumpang belakang terbuka. Pengadu menyatakan neneknya sedang menukar lampin pakai buang anak saudara ketika itu. OYDS yang tidak berpuashati telah menekan hon kenderaan dan dilihat telah menjerit dan memarahi pengadu dan ahli keluarganya ” katanya dalam kenyataan.

Pegawai berkenaan juga didakwa memperlekehkan pakaiannya yang kelihatan seksi serta merakam video.

Berikutan kejadian itu, wanita tempatan berumur 27 tahun itu telah membuat laporan polis.

Kes disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Loading...
Terkini