Tumpuan :
Nasional

Permohonan lesen penyedia media sosial Telegram diluluskan

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan permohonan Telegram mendapatkan lesen sebagai penyedia perkhidmatan pesanan internet diluluskan Khamis lalu.

Katanya, bagi permohonan Meta yang mengendalikan platform Facebook, Instagram, dan WhatsApp pula, ia dijangka akan selesai dan diluluskan dalam masa terdekat.

Awal bulan ini, syarikat induk platform media sosial TikTok, ByteDance dan Tencent bagi WeChat menjadi penyedia perkhidmatan pertama diberikan lesen bagi membolehkan mereka beroperasi di negara ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), dilaporkan berkata dua syarikat itu antara empat penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial utama yang mengambil langkah signifikan pematuhan kawal selia ditetapkan kerajaan bermula 1 Januari lalu.

Loading...
Terkini