comscore
Tumpuan :
Nasional

Perlumbaan Drag: Pastikan aspek keselamatan diambil kira 

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Semua pihak diseru untuk mendapatkan status penganjuran acara sukan yang disertai dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) bagi memastikan aspek keselamatan dititikberatkan.

PJS dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) bagi memastikan keselamatan aktiviti sukan bermotor sentiasa terpelihara.

Satu siasatan terperinci akan dilakukan terhadap penganjuran perlumbaan ‘Malaysia Drag Bike National ET Record Championship Road Tour 2023’ selepas didapati tidak mendapat kelulusan badan pengelola sukan permotoran negara.

“Semakan awal mendapati kejohanan itu tidak mendapat kebenaran MAM dan siasatan terperinci akan dijalankan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) sama ada terdapat sebarang pelanggaran akta.

“Sekiranya memerlukan maklumat lanjut orang ramai boleh merujuk kepada PJS menerusi talian 03-89944800 atau e-mel [email protected],” menurut kenyataan itu.

Kejohanan yang berlangsung di Pekan, Pahang Ahad lalu, bertukar tragedi selepas kemalangan menyebabkan pelumba drag, Muhammad Hattem Rashdi, 22, meninggal dunia apabila motosikal ditungganginya terbabas pada hari pertama perlumbaan di Litar Speedway pada 12.30 tengah malam.

Mangsa yang mewakili ESR Motor menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan meninggal dunia pada petang Isnin lalu selepas bertarung nyawa lebih 12 jam.

Loading...
Terkini