comscore
Tumpuan :
Nasional

Perlu ubah cara kerja demi percepat kemajuan – PM 

Foto: NSTP

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUANTAN: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengubah cara kerja lama bagi mengelakkan kelewatan dalam urusan kelulusan projek baharu untuk memacu pembangunan di semua kawasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cara kerja lama terutama urusan berkaitan kelulusan projek baharu dapat mengelakkan kelewatan sekaligus memacu pembangunan di semua kawasan.

“Majlis perbandaran, kerajaan negeri, kerajaan persekutuan mesti efisyen, cepat, maka cepatlah naik. Tetapi kalau persekutuan, negeri, perbandaran lembab, maka lembablah kemajuan. Itu pilihan kita. Nak maju cepat tapi lulus cara lama”

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur di Kuantan, Pahang pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul,
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan semua Setiausaha Kerajaan Negeri supaya memantau senarai projek yang mengalami kelewatan dan mengemaskini status sesebuah projek secara berkala.

“Tadi saya sempat bincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengingatkan bahawa patut sentiasa pantau senarai projek yg diluluskan, berapa yang dilaksanakan mengapa dan apa sebab kelewatan, apakah sebab pengambilan tanah, kelulusan apa saja mesti diupdate secara berkala. Kalau tak kita akan ketinggalan.”

Program MADANI Rakyat Zon Timur adalah kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diperluaskan ke peringkat negeri mengikut zon.

Ia bertujuan memberi peluang kepada masyarakat memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Dianjurkan Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), program kali ini turut mendapat kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Kerajaan Pahang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini