Tumpuan :
Nasional

Perlu ada garis panduan untuk mufti – Mohd Na’im

Senator Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar

PUTRAJAYA: Garis panduan perlu diadakan untuk mufti sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata beliau menghormati bidang kuasa mufti untuk mengeluarkan pandangan.

Menurutnya, beliau tidak mempertikai kenyataan dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah mengenai hukum bekerja di bank konvensional, sebaliknya institusi perbankan bukan hanya wujud di Wilayah Persekutuan malah di seluruh negara.

Katanya, isu itu melibatkan kepentingan nasional dan boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat, serta perlu dibincangkan di peringkat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

“Isu ini tidak timbul sekiranya ia tidak menjadi kegusaran dalam kalangan masyarakat. Saya menasihati mufti agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan di masa depan,” katanya di sini hari ini.

Kenyataan Mohd Na’im itu merujuk kepada pertanyaan media berhubung kenyataan dikeluarkan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya menyatakan beliau sepatutnya menjelaskan kedudukan sebenar hukum-hakam agama kepada rakyat.

Menurutnya, Mohd Na’im sewajarnya mempertahan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman mengenai hukum bekerja di bank konvensional.

Menurut beliau, jawapan Luqman mengenai isu tersebut cukup lengkap dan boleh difahami, khususnya kekangan seseorang untuk mendapatkan kerja lain.

Berita lanjut menyusul

Loading...
Terkini