comscore
Tumpuan :
Nasional

Perlis dilanda banjir, 42 mangsa di 2 PPS

Foto: APM Perlis

Oleh: Selwam Arjunan

KANGAR: Selepas Kedah dan Pulau Pinang, negeri Perlis turut dilanda banjir akibat cuaca buruk sejak malam tadi.

Sehingga jam 10.15 pagi, dua Pusat Pemindahan Banjir (PPS) dibuka di daerah Kangar dan Arau yang menempatkan 42 mangsa daripada 11 keluarga.

Di daerah Kangar, PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Sena yang menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga.

Foto: APM Perlis

Manakala di daerah Arau, PPS dibuka di SK Arau yang mempunyai 29 mangsa daripada tujuh keluarga.

Mangsa banjir merangkumi 23 lelaki dan 19 wanita termasuk lima kanak-kanak dan dua bayi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini