comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkhidmatan Maybank kembali pulih selepas tergendala

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan perbankan Maybank kembali pulih selepas tergendala hari ini.

Maybank dalam kemaskini di laman Facebook memaklumkan pelanggan membabitkan web Maybank2u, aplikasi M2U dan MAE serta kad kredit serta debit, sudah boleh membuat transaksi di semua platform yang tergendala sebelum ini.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih atas pemahaman anda,” katanya.

Dalam kemas kini awal, Maybank memaklumkan perkhidmatan web dan perbankan mudah alihnya, serta penggunaan kad kredit dan debit tidak tersedia untuk sementara waktu.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” kata Maybank dalam posting awal di Facebook.

Loading...
Terkini