
Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Extended Hours (EH) di Klinik Kesihatan terus membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital kerajaan.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perkhidmatan yang dimulakan sejak 2008 itu kini dilaksanakan di 49 klinik kesihatan.
“Sehingga kini terdapat sejumlah 49 klinik kesihatan yang menjalankan extended hours umumnya extended hours dilaksanakan pada setiap hari bekerja dari jam 5 petang hingga 9.30 malam”
“Manakala pada hari Sabtu pula, waktu operasi aadalah 9 pagi hingga 1 petang”
“Pada tahun 2023, 6 klinik kesihatan daripada 49 klinik kesihatan extended hours yang telah dipilih dalam projek rintis pasukan petugas khas reformasi sektor awam atau STAR”
Beliau berkata demikian ketika sesi jawab lisan di Dewan Negara.
Mengulas lanjut, Lukanisman berkata, enam klinik kesihatan yang dipilih di bawah projek rintis Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) itu juga turut memperluaskan waktu operasi ke hari Ahad dan cuti umum bagi meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan.
Beliau turut menjelaskan, pada tahun lepas, lebih 592,000 pesakit mendapatkan rawatan di 43 klinik kesihatan dalam tempoh Extended Hours, manakala enam klinik kesihatan STAR mencatatkan 275,473 kehadiran pesakit, dengan purata 90 hingga 120 pesakit sehari.
Untuk memastikan keberkesanan program ini, kerajaan telah memperuntukkan RM14.3 juta pada tahun ini, meningkat daripada RM11.5 juta pada 2023, dengan purata elaun bulanan kakitangan meningkat kepada RM3,059 sebulan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.