comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkembangan Zayn Rayyan: Peguam sahkan ibu bapa akan hadapi pertuduhan

PETALING JAYA: Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin akan menghadapi pertuduhan yang akan dijalankan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan peguam mewakili bapa kanak-kanak itu, Fahmi Abd Moin ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

“Ya, ada tuduhan ke atas kedua-dua anak guam,” katanya.

Bagaimanapun, katanya beliau belum dapat mengesahkan intipati pertuduhan yang bakal dihadapi oleh pasangan suami isteri itu.

Untuk rekod, reman terhadap suami isteri itu tidak akan disambung lagi selepas direman 13 hari berakhir hari ni.

Terdahulu, pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di Puncak Alam, Selangor pada 31 Mei lalu sebelum direman tujuh hari sehingga 7 Jun lalu.

Pada 7 Jun lalu, kedua-duanya telah disambung reman enam hari lagi dan tempoh reman akan tamat hari ini.

Semalam, pegawai penyiasat polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret untuk memohon bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berkaitan kes bunuh kanak-kanak autisme berkenaan.

Peguam bela wanita itu, Mahmud Jumaat, dipetik berkata, pihaknya membantah permohonan terbabit yang dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Beliau berkata, anak guamnya juga tidak membuat sebarang pengakuan dan perkara itu direkodkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini