comscore
Tumpuan :
Nasional

[TERKINI] Perkembangan kes Zayn Rayyan: Ibu bapa dituduh hari ini

 

12:40 tengah hari: Pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak Autisme itu.


Zayn Rayyan Abdul Matiin. -FOTO arkib NSTP

12:30 tengah hari: Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dibebaskan dengan jaminan polis.


Foto: NSTP

11:30 pagi: Pasukan pembelaan kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini.


[LANGSUNG] Strim langsung perkembangan terkini perkembangan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. | Terkini 10.40 pagi


Foto: NSTP

10:30 pagi: Ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, terhadap satu pertuduhan iaitu mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu, pada Disember tahun lalu.


[LANGSUNG] Strim langsung perkembangan terkini perkembangan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

 


 

10:09 pagi:  Ibu bapa kepada kanak-kanak Austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 yang ditemui mati Disember tahun lalu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10.09 pagi.


Foto: NSTP

10:00 pagi: Kenderaan yang membawa datuk dan nenek kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.


9:40 pagi: Ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan dijangka akan berdepan dengan pertuduhan pagi ini.

 

 


 

9.00 pagi: Perkembangan Zayn Rayyan: Kedua-dua peguam wakili ibu bapa hadir di mahkamah

Mahmud Jumaat yang mewakili Ibu mangsa tiba sekitar jam 8.50 pagi.

Manakala, Fahmi Abdul Moin yang mewakili bapa mangsa tiba pada jam 9.11 pagi.

Kedua-dua peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan tiba di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini.

 


 

Strim langsung perkembangan terkini perkembangan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan dari Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

 


8.30 pagi: Ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin akan menghadapi pertuduhan yang akan dijalankan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di Petaling Jaya, hari ini.

 


8.00 pagi: Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengamal media hari ini.

 


Zayn Rayyan Abdul Matiin. -FOTO arkib NSTP

Oleh: Azwaliza Azman

PETALING JAYA: Nasib ibu bapa kepada kanak-kanak autistime, Zayn Rayyan Abdul Matiin bakal diketahui hari ini,  sama ada mereka dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan yang akan dikemukakan atau dilepaskan dengan jaminan polis.

Ia berikutan tempoh reman selama 13 hari bagi pasangan suami isteri berusia 29 tahun itu akan berakhir hari ini.

Sebelum ini, ibu bapa kanak-kanak malang itu ditahan pada 31 Mei lalu di sekitar Puncak Alam, Selangor.

Terbaharu, pihak polis semalam menahan datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak berkenaan.

Ia disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang dilaporkan berkata, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang.

Permohonan reman dijangka dilakukan hari ini.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan, 6, ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai, selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini