comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkembangan kes Zayn Rayyan: Pertuduhan ibu bapa hanya libatkan pengabaian – Peguam

 

Oleh Fahmi Tajuddin & Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak Autisme itu.

Peguam kepada bapa mangsa, Fahmi Abd Moin berkata, pertuduhan yang dijalankan pada hari ini melibatkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berdasarkan siasatan yang dijalankan pihak oleh polis.

“Pertuduhan dijalankan berdasarkan bukti yang ada berdasarkan keterangan pihak pendakwaan buat masa ini, itulah pertuduhannya dan bukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya  ketika sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Selain itu, Fahmi berkata siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak terhenti dan akan diteruskam pihak polis.

“Kami yakin pihak polis akan terus jalankan siasatan bagi mencari pelaku sebenar sehingga boleh dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Terdahulu, ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini  atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan pada Disember tahun lalu.

Loading...
Terkini