comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkembangan kes Zayn Rayyan: Pasukan pembelaan mohon perintah larangan bersuara berhubung kes

 

Foto: NSTP

Oleh Fahmi Tajuddin & Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Pasukan pembelaan kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon perintah larangan bersuara kepada Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ia bertujuan mengekang masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes berkenaan.

Bagaimanapun, setelah mendengar permohonan, mahkamah hanya membenarkan perintah larangan itu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes itu sahaja.

Terdahulu, ibu bapa kepada mangsa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini  atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berkenaan pada Disember tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini