comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkembangan kes Zayn Rayyan: Mahkamah Petaling Jaya jadi tumpuan

Oleh: Fahmi Tajuddin & Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai termasuk pengamal media hari ini.

Ia bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan yang dijadualkan tamat pada hari ini.

Ahli keluarga bapa Zayn Rayyan juga dilihat hadir dan berada di luar perkarangan mahkamah sejak jam 7 pagi tadi.

Hari ini nasib pasangan terbabit akan diketahui sama ada didakwa atau dilepas dengan jaminan polis.

Pada masa sama, difahamkan datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan akan direman di mahkamah yang sama hari ini.

Ia sejurus selepas mereka ditahan polis semalam pada jam 2.30 petang di Subang Bestari.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan asas penahanan terhadap dua invididu itu adalah bagi tujuan  membantu siasatan.

Penahanan mereka adalah dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini