comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkembangan kes Zayn Rayyan: Ibu bapa Zayn Rayyan bakal dituduh

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan dijangka berdepan dengan pertuduhan pagi ini.

Bagaimanapun menurut peguam yang mewakili bapa mangsa, Fahmi Abdul Moin, perincian pertuduhan itu belum lagi dapat didedahkan.

“Akan ada pertuduhan terhadap kedua-dua suspek pada pagi ini, tapi apakah pertuduhan itu dan juga di mahkamah mana, saya tak dapat dedahkan dulu kerana saya tidak berniat untuk mendahului pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya ketika sidang media di perkarangan Mahkamah Petaling Jaya, sebentar tadi.

Mengulas lanjut katanya, terdapat juga kemungkinan kedua-dua tertuduh akan didakwa di bawah peruntukan selain 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu beliau memaklumkan, datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan yang ditahan semalam adalah bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini