comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkembangan kes Zayn Rayyan: Ibu bapa mangsa tiba di Mahkamah Petaling Jaya

Oleh: Fahmi Tajuddin & Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada kanak-kanak Austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 yang ditemui mati Disember tahun lalu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada jam 10.09 pagi.

Pasangan suami isteri itu dikawal ketat oleh pihak polis dan diiringi masuk ke dalam lobi mahkamah.

Kehadiran ibu bapa mangsa itu adalah bertujuan menghadapi pertuduhan hari ini seperti yang disahkan oleh peguam kepada bapa mangsa, Fahmi Abdul Moin.

Pasangan itu ditahan reman selama 13 hari dan berakhir hari ini bagi membantu siasatan pembunuhan kenak-kanak itu.

Semalam ibu mangsa yang juga Orang Yang Disyaki (OYDS) dibawa polis ke Mahkamah Petaling Jaya untuk memberi sebarang pengakuan.

Bagaimanapun, hanya keterangan sahaja yang diberikan oleh suspek kepada Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini