comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkembangan kes Zayn Rayyan: Datuk, nenek mangsa tiba di mahkamah

 

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Kenderaan yang membawa datuk dan nenek kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Mereka tiba kira-kira jam 9.12 pagi menaiki dua buah kenderaan.

Semalam, suami isteri itu ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor jam 2.30 petang.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan.

Semalam, datuk dan nenek Zayn Rayyan itu bersama anaknya hadir di Kompleks Mahkamah di sini, selepas dimaklumkan mengenai menantu perempuannya iaitu ibu kanak-kanak terbabit direkod keterangan di hadapan majistret.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini