comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkembangan kes Zayn Rayyan: Datuk, nenek mangsa dibebaskan dengan jaminan polis

Zayn Rayyan Abdul Matiin. -FOTO arkib NSTP

 

Oleh: Nurul Amalina Zainudin & Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan pembebasan kedua-dua individu berkenaan.

“Mereka hanya ditahan 24 jam untuk diambil keterangan dan akan dibebaskan hari ini.

“Pembebasan hanya akan dibuat di IPD Petaling Jaya dan tidak akan dibawa ke mahkamah,”katanya.

Semalam, suami isteri itu ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor jam 2.30 petang.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan.

Loading...
Terkini