Tumpuan :
Nasional

Perkasa jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi rakyat – Sultan Mizan

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman. Turut berangkat, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail. FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan kerajaan negeri agar memperkasakan jalinan kerjasama bersama Kerajaan Persekutuan demi impak positif untuk kesejahteraan rakyat Terengganu.

Titah baginda, kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan itu mesti merangkumi perancangan cadangan projek-projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) yang akan berakhir pada tahun 2025.

“Kesinambungan perancangan hendaklah diteruskan bagi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang akan bermula pada tahun 2026 dan perancangan serta tumpuan yang teliti bagi perkara ini pastinya memberikan impak secara terus terhadap kesejahteraan rakyat Beta”, titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 di Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat Yang Di-pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan dan Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini