SUBANG: Beberapa pemimpin utama dilihat mula memasuki Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang sebentar tadi.
Turut dijangka hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia bagi mengiringi perjalanan terakhir jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.
Laporan ringkas terkini dari Pangkalan Udara TUDM Subang bersama wartawan Fareez Azman. pic.twitter.com/lKixDkwFAP
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 21, 2024
Jenazah dijangka tiba di pangkalan udara pada jam 1.00 tengah hari sebelum diterbangkan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak pada jam 3.30 petang.
Pengamal media bagaimanapun belum dibenarkan memasuki pangkalan udara ketika ini untuk membuat liputan perjalanan terakhir Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud.
Berita lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [LANGSUNG] Perjalanan Terakhir Tun Abdul Taib Mahmud
- Jenazah Tun Abdul Taib diberikan penghormatan terakhir di Masjid Negara
- Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara
- Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Taib Mahmud
- Tun Abdul Taib nakhoda era moden Sarawak
- Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia