4:26 pm – Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).
1:57 pm – Jenazah Allahyarham dibawa berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang dengan pesawat Hercules C-130 TUDM ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.
Sultan Selangor, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak iringi jenazah Allahyarham.
Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud di Pangkalan Udara TUDM Subang sebentar tadi. pic.twitter.com/Z7sXkNUuFa
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 21, 2024
1:05 pm –Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang.
Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dalam perjalanan menuju ke Pangkalan Udara Subang. pic.twitter.com/4SJMdacdjK
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 21, 2024
12:30 pm – Jenazah Allahyarham dalam perjalanan menuju ke Pangkalan Udara Subang.
12:25 pm – Beberapa pemimpin utama dilihat mula memasuki Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang sebentar tadi.
10:40 am – Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud ditempatkan di dewan khas Masjid Negara bagi sesi penghormatan terakhir.
10:35 am – Solat jenazah selesai.
10:25 am – Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Negara.
9:15 am – Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negara.
9:05 am – Jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan.
• Jemaah Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia, hari ini.
• Kerajaan Sarawak telah mengisytiharkan hari berkabung selama dua hari bermula hari ini, sebagai menghormati pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
4:40 am – Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di Kuala Lumpur, pagi ini.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 4 pagi tadi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur, pagi ini, sebelum diterbangkan balik ke Kuching, Sarawak.
BERITA BERKAITAN