Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PERHILITAN Perak halau gajah ke hutan

SUNGAI SIPUT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengesahkan kejadian 6 ekor gajah liar memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Perwor, di sini pada Rabu lalu.Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff berkata beberapa anggota dari Unit Tindakan Gajah (UTG) sudah meninjau lokasi kejadian sebaik menerima maklumat bagi tujuan kawalan dan pemantauan.

Menurutnya, ‘serangan’ oleh kumpulan gajah pada kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan kemusnahan harta benda sekolah.

FOTO: Rassidee Rasid / Facebook

Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam kejadian itu, sekumpulan enam ekor gajah dikatakan memasuki kawasan sekolah itu menerusi pagar kecil di tepi bangunan kelas prasekolah di situ.

FOTO: Rassidee Rasid / Facebook

Hampir semua tingkap, ruang kelas dan dapur kelas prasekolah di sekolah berkenaan rosak.

FOTO: Rassidee Rasid / Facebook

Ujar Yusoff, pihaknya sudah mengarahkan kakitangan PERHILITAN membuat kawalan di tempat kejadian itu.

Beliau menjelaskan kawanan gajah itu sudah dihalau semula ke kawasan hutan melalui kaedah tembakan ke udara.

FOTO: Rassidee Rasid / Facebook

Katanya, enam ekor gajah berkenaan mungkin keluar dari habitatnya untuk mencari makanan.

Kes serangan gajah di sekolah itu dimuat naik oleh pengguna Facebook Rassidee Rasid yang dipercayai bekas guru sekolah itu.

FOTO: Rassidee Rasid / Facebook
Loading...
Terkini