Tumpuan :
Nasional

PERHILITAN naikkan papan amaran buaya di sekitar sungai Masjid Jamek

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melaksanakan pemantauan dan tindakan berhubung video tular penampakan buaya didakwa di sungai sekitar Masjid Jamek.

Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya dalam proses untuk menaikkan papan tanda amaran di lokasi terbabit.

“PERHILITAN sahkan memang ada penampakan buaya di sana.

“Kita sedang buat pemantauan dan dalam proses untuk menaikkan papan tanda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, rakaman video tular di media sosial Facebook sejak Jumaat, memaparkan seekor buaya didakwa ditemui dalam sungai di sekitar Masjid Jamek.

Video berdurasi 32 saat itu dirakam orang awam yang melalui jalan berhampiran sungai berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini