KOTA TINGGI : Perselisihan faham dan pertengkaran antara dua pihak pada acara himpunan motosikal di pantai Desaru, di sini, berakhir dengan insiden pergaduhan malam tadi.
Kekecohan yang berlaku termasuk membaling objek dipercayai membabitkan dua kumpulan peserta ketika acara malam terakhir berlangsung.
Perselisihan faham dan pertengkaran antara dua pihak pada acara himpunan motosikal di pantai Desaru, di Kota Tinggi, berakhir dengan insiden pergaduhan malam tadi.
Sumber: Video tular pic.twitter.com/VudYvj8Y0j
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 24, 2023
Visual kejadian itu yang tular di media sosial dipercayai turut membabitkan peserta antarabangsa.
Dalam satu video berdurasi 4 minit 25 saat yang memaparkan kejadian pada sebelah siang, kelibat beberapa anggota polis dilihat berjaya mengawal pergaduhan mulut yang berlaku.
Bagaimanapun, menerusi satu lagi video berdurasi seminit 16 saat yang memaparkan kejadian pada sebelah malam, pertengkaran dilihat berlarutan.
Ketegangan gagal dikawal sehingga berlaku insiden membaling objek termasuk kerusi serta merosakkan peralatan di bawah khemah.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, maklumat lanjut tentang kejadian itu akan dimaklumkan petang ini.
| ARTIKEL BERKAITAN