comscore
Tumpuan :
Nasional

Perdana Menteri tinjau kawasan banjir di Kedah esok

Jemaah Masjid Tuan Hussien di Alor Setar meredah banjir ketika menunaikan solat Jumaat hari ini. – FOTO:NSTP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Kedah esok bagi meninjau kawasan yang dilanda banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan Persekutuan kekal prihatin dengan nasib mangsa banjir walaupun negeri itu ditadbir pembangkang.

“Esok, Perdana Menteri sendiri akan pergi ke Kedah walaupun negeri itu diperintah oleh pihak lain (pembangkang) tetapi atas keprihatinan kepada rakyat itu tetap kita (Kerajaan Persekutuan) berikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2024 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini

Ahmad Zahid berkata, anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sudah digerakkan ke kawasan dilanda banjir dengan dibantu agensi dan jabatan berkaitan.

Beliau juga sudah mendapat taklimat daripada NADMA untuk menugaskan anggota di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan terjejas banjir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini