comscore
Tumpuan :
Nasional

Perdana Menteri tinjau banjir di Kedah hari ini

Keadaan Kampung Alor Ganu yang masih di tenggelami air memasuki hari ke 5 banjir di Kedah. – FOTO: NSTP

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Kedah hari ini, bagi meninjau bencana banjir yang melanda dan bertemu penduduk terjejas.

Perdana Menteri dijadual memulakan lawatannya dengan meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, pada jam 10.45 pagi ini.

Beliau kemudian dijangka melawat dua lagi PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMK) Agama Kedah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah di sini.

FOTO: NSTP

Dalam kunjungan ini, beliau yang juga Menteri Kewangan dijangka mengumumkan bantuan yang disediakan Kerajaan Persekutuan kepada penduduk terjejas bagi meringankan beban mereka.

Pagi ini, keadaan banjir di Kedah dilaporkan semakin buruk dengan bilangan mangsa meningkat kepada 7,469 orang daripada 2,420 keluarga yang ditempatkan di 42 PPS.

Jumlah itu membabitkan keseluruhan mangsa di enam daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Pendang, Kuala Muda, Bandar Baharu dan Pokok Sena setakat jam 8 pagi tadi.
Jumlah itu meningkat berbanding 6,868 mangsa daripada 2,194 keluarga yang dilaporkan setakat jam 9 malam tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini