comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Perdana Menteri tiba di PPS mangsa banjir Kedah

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan singkat ke negeri Kedah, hari ini untuk meninjau bencana banjir di negeri berkenaan.

Datuk Seri Anwar tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.

@buletintv3 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan singkat ke negeri Kedah, hari ini untuk meninjau bencana banjir di negeri berkenaan. #BuletinTV3 #banjirkedah #pm #anwaribrahim ♬ original sound – BuletinTV3

Beliau diberi taklimat berhubung keadaan banjir dan bilangan mangsa terjejas di seluruh negeri berkenaan.

Selepas itu, Perdana Menteri melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan dan kemudahan yang disediakan kepada mereka.

Seterusnya, beliau dijadualkan ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah.

Beliau akan mengakhiri lawatannya di PPS Sekolah Kebangsaan Tigi Gajah, tengahari nanti sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Di Kedah, lebih 7,700 mangsa banjir masih ditempatkan di 42 PPS yang beroperasi di enam daerah terjejas banjir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini