Tumpuan :
Nasional

Perdana Menteri tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain, di Manama bagi lawatan rasmi atas jemputan Putera Mahkota Bahrain, Putera Mahkota Salman bin Hamad Al-Khalifa. FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

Oleh: Mior Abdul Malek Raiyani

MANAMA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Manama, Bahrain bagi lawatan rasmi atas jemputan Putera Mahkota Bahrain, Putera Mahkota Salman bin Hamad Al-Khalifa.

Pesawat membawa Perdana Menteri mendarat pada jam 12.45 tengah malam waktu tempatan atau 5.45 pagi waktu Malaysia.

Ketibaan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain disambut dengan kawalan kehormatan.

Hadir menyambut Anwar ialah Menteri Luar Bahrain Dr. Abdullatif bin Rashid Al Zayani, Duta Bahrain ke Malaysia Dr. Waleed Khalifa Al Manea dan Timbalan Gabenor Muharraq, Brigadier General Jassim Muhammad.

Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Syazryll Zahiran dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Hari ini jadual padat menanti Perdana Menteri.

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

Beliau direncana menghadap rakan sejawatnya, Putera Mahkota Salman yang akan diikuti dengan sesi makan tengah hari bersama kedua-dua pemimpin.

Pada sela-sela acara rasmi, Perdana Menteri turut menyertai Persidangan Dialog Intra-Islamik dengan beliau akan menyampaikan ucapan pada sesi utama.

Persidangan itu dijangka menghimpunkan 298 agamawan dari 75 negara, termasuk Malaysia.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri akan mengadakan lawatan budaya ke tapak sejarah kubu Bahrain sebelum menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini