Tumpuan :
Nasional

Perdana Menteri menghadap Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyah di Kuala Terengganu.

Kenderaan rasmi membawa Perdana Menteri dilihat memasuki pekarangan istana pada jam 10.27 pagi tadi.

Ini kali pertama beliau menghadap Sultan Terengganu sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas memenangi PRU ke-15 November tahun lalu.

Dalam lawatan Perdana Menteri ke Terengganu, beliau dijangka akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Jabatan Dan Pegawai Kanan Persekutuan, di Dewan Senat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) jam 12.00 tengahari.

Loading...
Terkini