comscore
Tumpuan :
Nasional

Perdana Menteri hadir Majlis Jamuan Negeri Sarawak

Oleh: Safwan Sawi

MIRI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Jamuan Negeri Sarawak di sini, pada malam Sabtu.

Perdana Menteri tiba di majlis berkenaan kira-kira jam 8.10 malam dan disambut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, bersama barisan kabinet negeri Sarawak.

Turut hadir pada Majlis Makan Malam itu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadhillah Yusof bersama barisan kabinet Persekutuan.

Perdana Menteri tiba di Miri hari ini bagi mengadakan lawatan dua hari ke Sarawak dan dijadual berlepas ke Kapit esok.

Anwar tiba di Lapangan Terbang Miri pada jam 2.15 Petang tadi bagi melakukan lawatan kerja dua hari di Sarawak.

Sejurus tiba di Miri beliau menghadiri Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang, di Pekarangan Boulevard Mall, Miri, Sarawak.

Esok Anwar dijadual melakukan lawatan kerja sehari di Kapit dengan agenda yang memfokuskan kepada pelbagai inisiatif pembangunan di kawasan berkenaan.

Beliau dijangka tiba pada jam 10.00 pagi dengan menaiki helikopter dari Sibu sebelum menghadiri taklimat pembangunan di daerah berkenaan.

Seusai program di Kapit Anwar dijadual berlepas pulang ke ibu negara pada petang esok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini