Tumpuan :
Nasional

Percubaan PLKN 3.0 bermula hari ini

Ibu bapa yang menghantar anak ke program percubaan PLKN 3.0 di Kem 515 Askar Wataniah di Kem Jalan Ampang, Kuala Lumpur. – Foto NSTP

PETALING JAYA: Seramai 142 pelatih kumpulan perintis Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 memulakan latihan selama 45 hari di kem tentera di Kuala Lumpur hari ini.

Kumpulan itu terdiri daripada 98 lelaki dan 44 wanita berusia 18 hingga 25 tahun dari 13 negeri, dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah peserta tertinggi seramai 28 orang.

Latihan merangkumi 70 peratus modul ketenteraan untuk disiplin dan daya tahan serta 30 peratus modul kenegaraan yang memupuk pemahaman tentang Perlembagaan, warisan budaya, dan tanggungjawab sivik.

Menurut Kementerian Pertahanan, latihan bertujuan memberi asas kesiapsiagaan keselamatan negara dan mengukuhkan jati diri pelatih.

Program itu turut menyasarkan 194,300 peserta setiap tahun, dengan 25,000 pelatih di kem tentera dalam empat siri pengambilan. Selain itu, pelatih dari universiti awam, politeknik, dan institut latihan turut disasarkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini dilaporkan berkata, selepas latihan kumpulan perintis selesai, penilaian dan penambahbaikan akan dilakukan sebelum PLKN 3.0 dilaksanakan sepenuhnya.

PLKN diperkenalkan pada 2004, digantung pada 2015, dan dirancang untuk dihidupkan semula pada 2019 sebelum dimansuhkan kembali pada 2018.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini