Oleh: Fazli Ahmad
KUANTAN: Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dikaji dan diganti susulan badan dunia itu gagal bertindak menyelesaikan konflik di Semenanjung Gaza.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kegagalan PBB menangani kemelut di Palestin menyaksikan ribuan nyawa tidak berdosa terkorban saban hari.
Katanya, masalah itu berlarutan disebabkan PBB gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
“Hingga hari ini lebih 7,000 rakyat Palestin mati dan lebih ramai lagi akan mati kerana perang di Semenanjung Gaza
“Pada masa sama bekalan elektrik dan internet dipotong serta bantuan makanan untuk rakyat Palestin dihalang
“Kini sudah tiba masa untuk masyarakat dunia bangkit menyuarakan bantahan terhadap kegagalan PBB bertindak dan kewujudan pertubuhan dunia itu perlu dikaji semula.” katanya ketika berucap di Himpunan ‘Pahang For Palestine’ di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan MBK di sini hari ini.
Katanya, kemelut melanda Semananjung Gaza bukan hanya isu agama tetapi perlu dilihat daripada pelbagai aspek termasuk krisis kemanusiaan.
Simpati dengan nasib melanda rakyat Palestin, beliau mengajak masyarakat tampil membantu mangsa kekejaman tentera Israel.
Perhimpunan julung kali anjuran Kerajaan Pahang ini disertai ribuan masyarakat pelbagai peringkat umur, kaum dan agama.
Sempena himpunan itu, Kerajaan Negeri melancarkan Tabung ‘Pahang For Palestine 2.0’ dengan sasaran dana terkumpul RM1 juta.
Kali pertama tabung sama dilancarkan, Kerajaan Pahang mengumpul dana lebih RM700,000 dan sumbangan itu disalurkan terus kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza tahun lalu.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Malaysia optimis sesi tergempar PBB terima usul hentikan perang Israel-Palestin
- PERANG ISRAEL-PALESTIN: China gesa gencatan senjata
- [VIDEO] Duta Palestin gesa Biden suarakan gencatan senjata Israel
- Situasi kemanusiaan Gaza diambang lumpuh sepenuhnya
- UNGA terima resolusi gencatan senjata perang Israel-Palestin
- ‘Dasar degil’, Israel tuduh PBB tidak relevan, tolak Resolusi gencatan senjata segera
- [VIDEO] Kerakusan kuasa besar menyebabkan peranan PBB diketepikan