comscore
Tumpuan :
Nasional

Penyu lipas kembali ke Teluk Bahang selepas empat tahun

Oleh Naim Fitri Abu Bakar

GEORGE TOWN: Penyu lipas atau nama saintifiknya Lepidochelys Olivecia kembali bertelur di pantai Teluk Bahang selepas empat tahun tidak berbuat demikian.

Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Yazeereen A Bakar, berkata laporan diterima daripada orang awam yang menemui anak-anak penyu lipas itu menetas di sekitar pantai dekat Hotel Angsana, di sini, Rabu lalu.

“Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Sumber digerakkan ke lokasi berkenaan dan mendapati terdapat sebanyak 110 ekor anak penyu lipas yang menetas di kawasan itu.

“Anak penyu lipas itu dibawa ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Keracut bagi proses pemuliharaan dan penjagaan lanjut sebelum dilepaskan ke perairan laut,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Menurut Yazeereen, selain Terengganu dan Pahang, Pulau Pinang adalah antara negeri yang terkenal dengan kehadiran penyu lipas.

“Trend pendaratan penyu lipas dan belimbing semakin berkurang disebabkan faktor ancaman semulajadi dan manusia.

“Kali terakhir penyu lipas didapati bertelur di pantai sekitar negeri ini adalah pada tahun 2019,” katanya.

Loading...
Terkini