Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penyokong Penang dan Kedah bergaduh

GEORGE TOWN: Satu pergaduhan tercetus sebaik perlawanan Liga Super di antara tuan rumah Penang dan Kedah Darul Aman (KDA) tamat malam tadi.Insiden berlaku di satu jalan utama berhampiran Stadium Bandaraya di sini.

Keadaan tambah hangat apabila beberapa orang lelaki dirakam membaling objek ke arah kumpulan yang sedang menyaksikan pergaduhan itu.

Mengikut laporan awal, kejadian berpunca akibat provokasi di antara penyokong kedua-dua pasukan.

Video kejadian kini tular di media sosial TikTok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu.

KDA menang 2-1 dalam perlawanan itu.

Tangkap layar pergaduhan antara penyokong Penang dan Kedah yang berlaku berhampiran Stadium Bandaraya, George Town malam tadi.
Loading...
Terkini