comscore
Tumpuan :
Nasional

Penyiasat Double Six maut 2 bulan selepas tragedi

FOTO : NSTP

KUALA LUMPUR: Dua penyiasat daripada syarikat pengeluar pesawat Australia yang terbabit dalam tragedi Double Six yang terhempas di Sembulan, Kota Kinabalu, pada 1976 dilaporkan meninggal dunia dalam nahas, dua bulan selepas tragedi itu.

Dua penyiasat daripada Government Aircraft Factories (GAF) yang mengeluarkan pesawat Nomad berkenaan iaitu ketua pereka bentuknya, David Hooper dan ketua juruterbang ujian, Stuart Pearce, masing-masing terbunuh ketika ujian penerbangan pesawat GAF N24 Nomad di Victoria, Australia, pada 6 Ogos 1976.

Pearce yang memandu penerbangan ujian itu maut di tempat kejadian, manakala Hooper yang berada di atas pesawat sebagai pemerhati cedera parah dan meninggal dunia dua hari kemudian.

Pearce dan Hooper masing-masing dihantar ke Sabah untuk membantu siasatan Malaysia ke atas nahas yang mengorbankan 11 nyawa termasuk Ketua Menteri Sabah, Tun Tun Fuad Stephens itu dan masing-masing turut menandatangani laporan GAF.

Identiti mereka sebagai penyiasat hanya diketahui umum apabila laporan GAF didedahkan berikutan penyahklasifikasian laporan serupa oleh kerajaan Malaysia, awal bulan ini.

Dalam laporan mengenai nahas Double Six yang dikendalikan Sabah Air, Pearce dan Hooper menyatakan syarikat penerbangan itu beroperasi secara haram kerana jabatan penerbangan awam (CAD) ketika itu tidak meluluskan draf manual operasinya.

Seperti laporan Malaysia mengenai nahas itu, laporan mereka juga menolak kebakaran atau sabotaj sebagai punca kejadian, menunjukkan bahawa siasatan awal mendapati lebihan muatan pada bahagian belakang pesawat menjadi punca.

Loading...
Terkini