Tumpuan :
Nasional

Penyertaan semua pemain industri dalam Konsortium Rahmah beri manfaat besar kepada rakyat

Penganalisis Ekonomi, Profesor Barjoyai Bardai

Oleh: Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Penyertaan semua pemain industri dalam Konsortium Rahmah bakal memberi manfaat besar kepada rakyat.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Barjoyai Bardai berkata, sekiranya konsep Rahmah dipupuk semua bidang perniagaan ia juga akan memberi impak besar kepada ekonomi.

“Apa yang penting adalah semangat Rahmah itu perlu dipupuk untuk meliputi semua bidang perniagaan dan semua pembekal dan pengeluar. Kita mengharapkan bukan sahaja peniaga-peniaga runcit akan mengamalkan semangat Rahmah tetapi juga pengeluar-pengeluar bahan mentah serta penternak. Rahmah juga tidak semestinya perlu dikaitkan dengan harga rm5 tetapi harga yang sesuai dengan kemampuan pembeli.”

Selain itu, kata Profesor Barjoyai lagi, konsep Rahmah juga boleh dikembangkan melalui aspek kewangan.

“Rahmah ini boleh dikembangkan juga kepada aspek kewangan kita berharap syarikat kewangan, bank, akan menawarkan pakej Rahmah dalam pembiayaan rumah, pembiayaan barang keperluan, juga termasuk pekej takaful berkumpulan untuk perlindungan kesihatan dan perlindungan pengajian. Ini menjadikan konsep Rahmah satu asas ekonomi pada masa akan datang”.

Datuk Seri Salahuddin berkata konsortium itu akan dianggotai oleh semua pemain industri dan tidak terhad kepada sektor makanan sahaja.

Melalui konsortium itu, pelbagai inisitif dari pelbagai sektor dapat memanfaatkan rakyat melalui program Rahmah.

Selain itu, satu pelan komprehensif akan dirangka untuk memberi jaminan inisiatif tersebut dapat menawarkan manfaat yang lebih baik kepada ekonomi negara.

Loading...
Terkini