comscore
Tumpuan :
Nasional

Penyertaan murid dalam PLKN belum ditetapkan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ketetapan sama ada murid turut menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) belum dimuktamadkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata berdasarkan perbincangan setakat ini, golongan yang layak menjadi pelatih PLKN mungkin membabitkan golongan sudah tamat persekolahan dan menunggu menyambung pengajian ke menara gading.

“Ia mungkin tidak membabitkan mereka yang masih bersekolah. Mungkin.

“Semua itu sedang dipertimbangkan. Kita ambil maklum kebimbangan keluarga untuk kita lakukan penyesuaian mengikut umur,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Mengulas sama ada PLKN akan dilaksanakan tahun ini atau sebaliknya, Mohamed Khaled berkata, ketetapan itu belum dimuktamadkan.

Katanya, model latihan masih dirunding dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Kami masih berunding (mengenai modul latihan). Ada dua komponen latihan, satu kenegaraan dan satu ketenteraan.

“Kokurikulum untuk kenegaraan akan dibincang bersama pihak KPT sebab dalam itu ada elemen perpaduan, masyarakat dan sebagainya. Itu kita beri perhatian.

“Aspek ketenteraan akan dibuat oleh Kementerian Pertahanan. Kita sedang berunding. Tak mungkin akan (PLKN akan bermula) tahun ini. Mungkin tahun depan,” katanya.

Sebelum ini, BH melaporkan pelaksanaan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 akan membabitkan dua fasa.

Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum sepeti kadet polis, bomba, pengakap akan diperkasa pada peringkat itu

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini